Tuesday, 30 July 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA PENGUNJUNG BLOG ^-^

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam 1Malaysia 
untuk pengunjung blog ini. Sempena bulan yang penuh 
dengan keceriaan ini, saya ingin mengucapkan Selamat 
Hari Raya Aidil Fitri buat anda, pihak taska kami 
menyusun sepuluh jari memohon ampun, maaf zahir 

dan 
batin jika ada kesilapan bahasa serta kekeliruan dari 
segi 
penyampaian maklumat sepanjang mengendalikan blog 
ini. 

Tidak lupa juga pihak Taska Anjung Anak'ku akan mengadakan majlis rumah terbuka . Majlis akan berlangsung pada Ahad (11/08/2013) bersamaan raya yang Ke-4.

Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya...


KOLEKSI PANTUN HARI RAYA ^-^

Penat sungguh membuat sekaya,
Tepung pelita tolong hidangkan,
Merdu sungguh takbir raya,
Marilah kita ke rumah Tuhan.

Pasang pelita belakang almari,
Janganlah lupa memasang tangkalnya,
Sambil kita memuji Ilahi,
Panjatkan doa pada yang tiada.

Makan akak bersama toyol,
Buah pala di panah petir,
Bila memasak kuih dan dodol,
Jangan pula kita membazir,

Kuih raya banyak jenisnya,
Silap cekau perut merana,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit dan angpau turutlah serta.

Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.

Anak zirafah dimakan buaya,
Buaya Tain makan kelapa,
Bila makan juadah raya,
Yang miskin jangan dilupa.

Monday, 22 July 2013

Kanak-kanak umpama kain putih , 
Kitalah yang perlu mencorakkannya.....:D

Tuesday, 25 June 2013

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak


Sebagai seorang guru secara amnya dan sebagai seorang ibu atau bapa secara khususnya kita hendaklah membantu kanak-kanak dalam memperkembangkan kebolehan kreatif dan imaginatif kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, kita perlu memahami naluri semulajadi kanak-kanak dan keinginan asas mereka bersesuaian dengan kecenderungan dan peringkat umur. Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) telah mengenalpasti 9 keinginan asas kanak-kanak antaranya:
  1. Keinginan untuk bergerak.
    Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain & melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal.
  2. Keinginan untuk berjaya & diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai.
  3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain.
  4. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dengan masyarakat.
  5. Keinginan untuk bersaing. Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.
  6. Keinginan untuk meneroka. Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.
  7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak sangat gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.
  8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.
  9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan & ingin mengembangkan kefahaman & ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

Selamat pagi , Taska Anjung Anakku akan melakukan aktiviti Fizikal pada pagi ini.. Murid-murid sangat gembira.. Semua akan berjalan lancar :)

 

Sunday, 23 June 2013

Berfikir sebelum melakukan sesuatu

Setiap manusia mempunyai akal yang sama,
Tetap Daya pemikiran yang membezakan siapa kita hari ini..selamat bercuti semua :)



Wednesday, 5 June 2013

Selamat Datang Ke Taska Anjung Anak'Ku :)

Selamat Datang Ke Taska Anjung Anak'Ku 

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..


Taska Anjung Anak'Ku mula di tubuhkan pada 02 Januari 2010 di Cheras .. Taska Anjung Anak'Ku di tubuhkan bersama beberapa ahli kumpulan iaitu Rosmawati Binti Khalid , Nur Syazwani Binti Yusoff , Nor Amira Binti Roslan , Nor Afiqah Binti Muha dan Nuratikah Binti Youp Omar .. Taska ini telah mempunyai beberapa cawangan di Damansara Damai , Rawang , Perak , Kedah dan Pahang ..