Kemudahan-Kemudahan Taska Anjung Anak'ku:-
- Makanan disediakan;
- Pendidik mempunyai kelayakan diploma dan mempunyai Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak;
- Kelengkapan/ peralatan bersesuaian bagi perkembangan kanak-kanak;
- Premis yang sesuai serta selamat untuk kanak-kanak.
Syarat-Syarat Masuk Taska Anjung Anak'ku :
- Fokus Taska Anjung Anak'ku menerima kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun. Kanak-kanak kurang dari 2 tahun boleh diambil jika permintaan tidak menggalakkan bagi fokus umur yang dinyatakan.
- Anak dari keluarga yang berpendapatan rendah.
- Perkhidmatan adalah kepada semua warganegara Malaysia dengan memberi keutamaan kepada ibubapa yang tinggal berdekatan atau bekerja berhampiran dengan Taska Anjung Anak'ku
- Melengkapkan borang pendaftaran dan menandatangani Surat Akujanji (boleh diambil dariSINI http://taskaanjunganak-ku.blogspot.com/p/blog-page.html ataupun dari Taska Anjung Anak'ku.
- Masa beroperasi 8.00 pagi - 5.00 petang; 5 hari seminggu; Isnin - Jumaat / Ahad-Khamis (bg negeri Terengganu, Kedah, Perlis & Kelantan).
- yuran bulanan sebanyak RM 50.00.
- Yuran pendaftaran sebanyak RM 100.00
Kriteria Lain:-
- Keperluan kanak-kanak seperti pakaian, lampin, alat bersih diri disediakan oleh ibubapa. Susu perlu dibekalkan oleh ibubapa jika kanak-kanak masih menyusu.
- Ibubapa wajib memperuntukkan masa 1 jam seminggu (4 jam sebulan) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bersama kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment